Oleh Fetty Rara

YOUTUBE telah bertindak memadamkan lima saluran yang dikendalikan oleh pihak tentera Myanmar berikutan keganasan ke atas penunjuk perasaan sejak kebelakangan ini.

Platform perkongsian video itu semalam berkata bahawa kesemua saluran tersebut dipadamkan selaras dengan terma dan syarat penggunaan komuniti, lapor bbc.com.

Myanmar dicengkam pergolakan apabila penunjuk perasaan secara berterusan membantah penubuhan kerajaan junta tentera di negara itu, selain mendesak supaya semua pemimpin kerajaan terdahulu dibebaskan daripada tahanan.

Angka kematian berikutan keganasan pihak tentera dan polis kini mencecah 55 orang setelah seorang lagi orang awam ditembak mati semalam (Jumaat).

Saluran yang dipadankan oleh YouTube termasuk rangkaian rasmi kerajaan MRTV, Myawaddy Media, MWD Variety dan MWD Myanmar.

Dalam perkembangan berkaitan India berkata sekumpulan pegawai polis Myanmar telah melarikan diri dengan memasuki sempadan negara itu kerana enggan akur kepada perintah supaya bertindak ke atas orang awam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here