PETA: BBC.

Oleh Fetty Rara

MYANMAR telah meminta India kembalikan beberapa anggota polis yang memasuki sempadan negara itu kerana enggan mematuhi arahan bertindak ke atas orang awam.

BBC melaporkan pegawai India berkata kumpulan polis itu memasuki India bersama anggota keluarga mereka.

Kerajaan junta tentera Myanmar mendesak India berbuat demikian demi untuk ‘mengekalkan hubungan baik’ di antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Myanmar terus dicengkam beberapa siri tunjuk perasaan dan mogok susulan rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu.

Dari sehari ke sehari media tempatan dan maklumat yang dibocorkan ke media sosial memaklumkan bahawa pihak polis dan tentera Myanmar semakin bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan dan orang awam hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh.

Terbaharu semalam (Sabtu) kumpulan tunjuk perasaan terus mencabar pihak tentera dengan mengadakan perhimpunan aman di serata negara.

Di Yangon polis terus menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan kejutan dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here