Oleh Yusoff Ahmad Shariff

RANG undang-undang bagi membantu rakyat Amerika Syarikat yang terkesan oleh pandemik Covid-19 telah mendapat kelulusan pihak Senat negara itu.

Rang undang-undang inisiatif Presiden Joe Biden bernilai AS$1.9 trilion itu mendapat kelulusan walaupun kesemua ahli senat parti Republikan mengundi menolak pakej tersebut, lapor bbc.com.

Dewan Perwakilan yang dikuasai oleh parti Demokrat pimpinan Biden dijangka meluluskan pakej itu pada Selasa depan.

Sejurus setelah memperoleh kelulusan Biden berkata ia merupakan langkah besar ke hadapan dalam usaha memenuhi janji kepada rakyat.

Setakat ini krisis kesihatan awam terburuk di AS sejak satu abad itu telah mengakibatkan hampir 523,000 kematian dan 29 juta jangkitan, selain ratusan ribu hilang pekerjaan.

Pakej bantuan ketiga sejak pandemik Covid-19 bermula di AS itu antara lain akan menyaksikan pembayaran sebanyak RM5,700 (AS$1,400) kepada hampir setiap rakyat bermula sebelum akhir bulan ini.

Walaupun dibantahi oleh parti Republikan dan laluan untuk meluluskan pakej tersebut agak sukar, namun bagi Biden ia amat diperlukan oleh rakyat, terutama golongan miskin.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here