Foto FB JKJAV

KUALA LUMPUR – Seramai 2,990,577 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera setakat jam 8 pagi Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik di Twitter rasmi beliau pagi Ahad memaklumkan, sejak pendaftaran vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka pada 24 Februari lepas, Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi seramai 991,181.

Ia diikuti dengan Johor 335,537 individu, Kuala Lumpur (292,983) dan Sarawak 240,630.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 127,608 telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 di seluruh negara setakat 6 Mac.

Memperincikan pecahan jumlah penerima vaksin dos pertama tertinggi mengikut negeri, Sarawak mencatatkan 18,034 penerima diikuti Pahang (13,830), Selangor (11,982) dan Kuala Lumpur seramai 11,266.

https://www.sinarharian.com.my/article/127270/KHAS/Covid-19/Hampir-3-juta-daftar-sebagai-penerima-vaksin-Covid-19

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here