SEBANYAK 1,683 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 313,460 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, kini kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak  20,333 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tiga lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul korban seramai 1,169 orang.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor dan satu kes di Pahang.

“Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya pada satu kenyataan.

Seramai 2,506 pesakit sembuh pada hari ini, dengan jumlah kumulatif 291,958 kes sembuh.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 174 pesakit dirawat di ICU dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya lagi, Selangor treus mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 746 kes (44.3 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 639 kes (85.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 201 kes (11.9 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 172 kes (10.2 peratus)” jelasnya.

https://bit.ly/3caMPYg
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here