Oleh Fetty Rara

SPESIES endemik kawasan Amazon, bunga ‘moonflower’ (Selenicereus witti) atau kaktus langka mempunyai ‘tabiat’ yang amat payah untuk ditonton ketika berbunga.

Setiap tahun tumbuhan ini hanya berbunga hanya untuk satu malam, justeru melepaskan bauan wangi seperti melur daripada bunga putih.

Kumpulan pakar di Cambridge University Botanic Garden (CUBG), England baru-baru ini telah membuat rakaman video secara ‘time lapse’ proses spesies tumbuhan tersebut mengembang, lapor science.com.

Mungkin dalam kalangan kita di Malaysia, fenomena penuh misteri dan terselit pelbagai mitos ini merupakan sesuatu yang tidak lagi asing apabila sanggup bercekang mata semalaman untuk melihat kejadian serupa pada spesies bunga bakawali.

Bagaimana pun, bagi pakar di CUBG proses pengeluaran bunga itu amat luar biasa kerana tumbuhan tersebut hidup dalam rumah iklim bagi mengelakkan cuaca sejuk di sana.

Spesies ‘moonflower’ ini mengeluarkan bunga hanya pada waktu malam, dan tepat 12 jam selepas itu seolah-olah dikawal dengan suis ia akan layu dan bauan wangi sebelum itu bertukar menjadi tidak lagi wangi, sebaliknya bau macam tandas awam, kata seorang ahli botani di CUBG.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here