FOTO: The Star.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

DAP akan hanya bekerjasama dengan UMNO berhubung isu-isu yang memanfaatkan rakyat, tetapi tidak akan menubuhkan perkongsian untuk PRU15.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu telah menjelaskan bahawa mereka tidak merancang untuk bekerjasama dengan UMNO, lapor The Star.

Beliau berkata pendirian DAP berhubung kerjasama dengan UMNO dan mana-mana parti adalah sama, iaitu kesediaan untuk menyokong isu-isu yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO sekiranya ia untuk kepentingan awam, seperti mengadakan sidang parlimen,” kata beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP negeri di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Lim berkata demikian sebagai respons kepada soalan sama ada kemungkinan DAP dan UMNO bekerjasama bagi menghadapi PRU akan datang.

Menurut Lim itu pendirian DAP sejak 1970an.

Dalam pada itu beliau berkata DAP tidak akan menyokong tindakan melompat parti walaupun ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here