gratitude
Photo by Snapwire of Pexels

PAKAR psikologi University of British Columbia (UBC) mendapati mereka yang lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka berdepan dengan hanya 26 peratus risiko kematian.

Manakala, berasa bahagia dan berkeadaan sihat adalah saling berkait rapat, menurut penyelidikan terbaharu yang dilakukan University of British Columbia.

Orang yang mempunyai kepuasan hidup lebih tinggi selalunya lebih sihat dalam badan dan fikiran, mempunyai peluang yang lebih baik untuk tidur malam dengan nyenyak dan berdepan dengan kesihatan yang kurang kronik.

Ketua Penyelidik, Dr. Eric Kim (Penolong Profesor di Jabatan Psikologi UBC)mengkaji 12,998 orang dewasa Amerika Syarikat yang berumur lebih 50 tahun selama masa empat tahun. Dia menganalisis tahap kepuasan hidup dan kesihatan mereka.

Dalam hasil penemuan yang diterbitkan dalam The Milbank Quarterly pada 2 Februari lalu, – mendedahkan mereka yang berpuas hati dengan kehidupan mereka mempunyai 26 peratus risiko kematian, dan antara hasil positif yang lain adalah:

• Pengurangan risiko kemurungan sebanyak 46 peratus
• Pengurangan risiko batasan fizikal sebanyak 25 peratus
• Risiko kesakitan kronik telah dikurangkan sebanyak 12 peratus
• Pengurangan 14 peratus risiko gangguan tidur
• 8 peratus lebih cenderung melakukan aktiviti fizikal yang kerap

Penemuan itu menunjukkan peningkatan seperti rasa optimis, tujuan hidup dan menentukan perjalanan hidup mengurangkan perasaan putus asa atau kesepian.

Kepuasan hidup merupakan penilaian seseorang terhadap kehidupannya sendiri berdasarkan faktor-faktor yang mereka anggap paling relevan. Meskipun dibentuk oleh genetik, faktor sosial dan keadaan hidup yang berubah, kepuasan hidup dapat ditingkatkan baik pada tahap individu dan secara kolektif, di peringkat nasional.

Oleh itu, ahli psikologi berpendapat bahawa pembuat dasar atau kerajaan harus menimbang kepuasan hidup ketika berusaha memaksimumkan kesihatan orang ramai dan melihat bagaimana ia boleh dipertingkatkan.

Pembuat dasar seharusnya berusaha meningkatkan kesejahteraan bagi semua orang di dunia pasca pandemik, terutama, ketika negara-negara “menilai kembali keutamaan mereka berdasarkan perubahan yang meluas yang disebabkan oleh COVID-19. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here