Oleh Arrazaq Nazri

TERNYATA sekali bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak senang dengan gelaran Kluster Mahkamah dan menganggapkannya sebagai usaha propaganda pihak tertentu.

Najib berkata, gelaran tersebut sepatutnya dijenamakan semula kepada Kluster Tolak Jawatan Kerajaan. Namun apa yang mungkin beliau tidak tahu ‘Kluster Mahkamah’ telah lama wujud dan popular sejak-akhir-akhir ini.

Bahkah, kluster berkenaan sebelum ini adalah menjurus kepada beberapa pemimpin UMNO yang berdepan dengan tindakan mahkamah dan dinamakan sempena perkataan kluster Covid-19 ketika negara mula berdepan dengan pandemik itu.

Menurut Najib, gelaran Kluster Mahkamah patut dijenamakan semula “kluster tolak jawatan kerajaan”, sebab tanda penolakan kerjasama dengan PPBM (Bersatu) dalam PRU15 (Pilihanraya ke 15) termasuk rakan-rakan yang tiada kes mahkamah seperti penasihat UMNO, Tengku Razaleigh (tolak jawatan penasihat Petronas).

“Timbalan Presiden UMNO, Mat Hassan (Datuk Seri Mohamad Hassan) tolak jawatan Pengerusi TNB dan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi (Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki) tolak jawatan Pengerusi MAHB,” kata beliau dalam laman Facebook Najib Razak.

Kini, panggilan Kluster diperluaskan penggunaannya oleh penyokong tegar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendirian pemimpin UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihanraya akan datang.

Pada masa ini, selain Najib yang menjalani perbicaraan kes berhubung 1MDB, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut sedang melalui perbicaraan kes rasuah berkaitan Yayasan Akalbudi. -BebasNews.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here