FOTO: Unimas melalui Flickr.

Oleh Fetty Rara

BEKAS menteri pendidikan Maszlee Malik hari ini mempersoalkan sama ada dasar ‘zero reject’ yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2019 telah dimansuhkan.

Melalui akaun Twitternya beliau bertanya sama ada dengan perubahan kepada kerajaan Perikatan Nasional pendidikan anak golongan rentan telah tergadai, walhal inti pati maksud dasar tersebut tidak lain daripada mengetengahkan pendirian bahawa peluang pendidikan terbuka untuk semua.

Persoalan yang ditimbulkan itu adalah berikutan laporan media tentang seorang pelajar terpaksa menangguhkan hasrat untuk kembali ke sekolah kerana taraf bukan warganegara yang terkandung dalam dokumen dirinya.

“Zero Reject Policy” merupakan dasar bagi memastikan murid berkeperluan khas menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka.

Dasar tersebut mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan secara berperingkat pada 2019 bagi murid berkeperluankhas (MBK).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here