Allan McDonald - Foto NASA

MENINGGAL.. . Sukar untuk mencari seseorang yang bersedia untuk mempertahankan sesuatu pendirian sehingga ke akhir hayat, salah seorangnya Allan Mc Donald, seorang jurutera yang terlibat dalam pelancaran kapal angkasa Challenger yang berakhir dengan tragedi sehingga mengejutkan seluruh dunia.

McDonald yang bertugas dengan sebuah kontraktor lantikan NASA, Morton Thiokol enggan meluluskan pelancaran Challenger meski pun berdepan dengan risiko kehilangan kerja dan tekanan daripada NASA dan ketua-ketuanya supaya berbuat demikian, lapor Newser.

Dia memberi amaran bahawa suhu yang membeku semalaman boleh menjejaskan gasket bulat 0 kepada penyambung ‘booster rocket’ dan boleh membahayakan kapal angkasa itu tetapi perkara itu tidak dipedulikan.

“Sekira apa berlaku dalam pelancaran ini, saya tidak mahu berdiri di hadapan lembaga siasatan untuk menjelaskan kepada kita melancarkannya,” kata McDonald pada 27 Januari 1986.

– Foto NASA

Pelancaran diteruskan keesokan hari dengan kelulusan diberikan oleh penyelia beliau.
Ternyata amaran yang diberikan McDonald benar, kapal angkasa Challenger meletup selepas 72 saat dilancarkan dan mengorbankan tujuh krewnya.

Akhbar New York Times melaporkan baru-baru ini McDonald, 83 tahun meninggal dunia baru-baru ini selepas mengalami komplikasi akibat terjatuh di rumahnya di Utah, Amerika Syarikat. – BebasNews

Pesawat Challenger – Foto NASA
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here