PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan apakah Ordinan Darurat mengenai berita palsu akan digunakan terhadap pakar nefrologi, Dr Rafidah Abdullah.

Dr Rafidah sebelum ini membangkitkan dakwaan mengenai aduan bahawa pegawai dari pejabat setiausaha negeri (SUK) Kelantan berusaha untuk memotong barisan penerima vaksin Covid-19.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh kerajaan negeri Kelantan, yang membuat laporan polis mengenai perkara itu.

“Adakah Dr Rafidah kini bakal berhadapan dengan pendakwaan di bawah Ordinan Darurat mengenai berita palsu, yang berkuat kuasa hari ini, berhadapan dengan kemungkinan didenda sehingga RM100,000 denda, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali?” soal Kit Siang.

Walaupun kerajaan Kelantan menafikan dakwaan berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan kerajaan negeri menyusun semula senarai penerima vaksin Covid-19 terawal pada 2 Mac.

Satu sumber berkata kepada Malaysiakini, penyusunan semula berkenaan berkemungkinan dibuat selepas isu dakwaan berlakunya ‘potong giliran’ penerima vaksin.

Dalam pada itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin meminta agar pemberi maklumat dilindungi.

Peruntukan Ordinan Darurat mengenai berita palsu antara lain, memperuntukkan denda RM100,000, hukuman penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi penerbitan dan penyebaran “berita palsu” yang berkaitan Covid-19 atau Proklamasi Darurat.

Mereka yang menerbitkan “berita palsu” akan diberikan notis 24 jam untuk menarik balik catatan tersebut atau dikenakan denda RM100,000.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/566264
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here