SALAH SIAPA…Sepasang suami isteri diminta turun daripada pesawat yang dinaiki untuk ke New York selepas anak perempuan mereka yang berusia dua tahun enggan memakai pelitup muka seperti yang diarahkan.

Dalam video yang ditular, seorang bapa ketika berada dalam pesawat kelihatan cuba beberapa kali memakaikan anaknya pelitup muka tetapi gagal. Akhirnya, mereka diminta keluar daripada pesawat berkenaan kerana dianggap tidak mematuhi peraturan.

Sang bapa cuba memberikan alasan bahawa beliau boleh sahaja menengkupkan pelitup ke muka anak sepanjang menaiki pesawat, namun ia ditolak.

Selepas turun daripada pesawat, keluarga kanak-kanak perempuan berkenaan mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh syarikat penerbangan hanya kerana anak mereka enggan memakai pelitup muka dan menganggapnya tidak wajar.

Bagaimanapun, seorang pegawai syarikat penerbangan United tersebut mengakui bahawa peraturan yang dikenakan sememangnya ketat dan pihaknya tetap tidak bertolak ansur tentang perkara berkenaan.

Keluarga berkenaan bertanyakan sama ada mereka masih boleh menaiki pesawat dengan menempah tempat di kelas pertama tetapi malangnya diberitahu bahawa mereka telah dihalang selama-lamanya daripada menaiki penerbangan syarikat itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, selepas gagal menaiki pesawat, mereka diberitahu bahawa tiga buah beg dan tempat duduk anak perempuan yang berada dalam pesawat tidak dapat diambil kembali kerana pesawat berkenaan akan tetap terbang ke destinasi yang ditetapkan iaitu New York.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here