Oleh Fetty Rara

BEBERAPA bulan selepas menyekat Donald Trump akaun Donald Trump, Twitter masih bergelut mencari jalan bagaimana untuk menangani masalah ahli politik yang melanggar peraturan platform media sosial itu.

Pendekatan awal syarikat Twitter ialah dengan mengkaji semula dasar penggunaan bagi para pemimpin dunia, dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna lain.

Menurut endgadget.com, Twitter telah melancarkan tinjauan umum secara ‘live’ bermula Jumaat lalu hingga 12 April depan berhubung isu tersebut.

Mereka inginkan pendapat ramai sama ada para pemimpin dunia perlu diwajibkan mematuhi syarat seperti mana pengguna lain, kata Twitter melalui blog syarikat https:blog.twitter.com.

Sekiranya mana-mana pemimpin dunia atau ahli politik melanggar peraturan penggunaan, tindakan apa yang sesuai untuk dikenakan.

Bagi tujuan ini Twitter sedang berbincang dengan ahli akademik dan kumpulan aktivis hak asasi manusia.

Maklum balas yang diperoleh daripada kedua-dua kumpulan itu, termasuk pendapat ramai akan digunakan sebagai asas bagi membangunkan kerangka dasar penggunaan Twitter.

Setakat ini masih belum jelas aspek mana dalam dasar sedia ada akan dikaji semula dan diubah.

Segala tindakan ini bukannya tercetus khususnya berikutan pelanggaran syarat oleh Trump, walaupun ia nampaknya merujuk kepada dua post blog pada 2019 yang menjelaskan mengapa Twitter perlu mengenakan syarat-syarat yang berbeza bagi para pemimpin dunia dan ahli politik.

Sebenarnya bukan sahaja Twitter sedang berdepan dengan isu ini susulan keceloparan Trump tempoh hari. Facebook juga dilaporkan sedang menantikan keputusan daripada Lembaga Kawal Selia sama ada bekas presiden Amerika Syarikat itu boleh menggunakan semula akaun Twitternya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here