ILUSTRASI: Doddis.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BEKAS presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan kembali ke media sosial, tetapi kali ini dengan menggunakan rangkaian milik sendiri.

Jurucakap beliau , Jason Miller memberitahu Fox News hari ini bahawa Trump akan kembali ke media sosial dalam dua atau tiga bulan lagi melalui platform sendiri yang dijangka akan menarik ‘berpuluh juta’ pengguna untuk ‘mencorakkan semula lapangan tersebut.

Apa yang dilancarkan oleh pihak Trump itu, menurut Miller, akan muncul sebagai sesuatu yang bakal ‘meletop’ kerana ramai yang menantikan apa langkah Trump dari sehari ke sehari setelah kalah dalam pilihan raya presiden AS.

Pengumuman tersebut dibuat setelah Twitter, Facebook dan platform media sosial lain  menggantung akaun Trump secara kekal berikutan tindakan beliau menghasut perusuh di Bangunan Kapitol pada 6 Januari lalu hingga menyebabkan lima orang terbunuh.

Susulan penggantungan Trump oleh Twitter, menantunya Jared Kushner yang juga penasihat kanan beliau bertindak mengusahakan pendekatan lain bagi bapa mertuanya kembali ke media sosial. Sebelum itu beberapa orang pembantu Trump telah cuba mencari platform untuk digunakan oleh Trump, antaranya melalui aplikasi Parler dan Gab, tapi hasilnya didapati tidak berapa berkesan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here