Oleh Fetty Rara

BOS Twitter, Jack Dorsey telah menjual tweet pertamanya sebagai token NFT (non-fungible token) pada harga lebih kurang AS$2.9 juta (RM11.9 juta) semalam.

Tweet empat perkataan itu merupakan token ‘non-fungible’, iaitu sejenis aset digital unik yang menjadi begitu popular sejak awal 2021.

Setiap NFT mempunyai tandatangan digital berasaskan teknologi blockchain yang berfungsi sebagai lejar awam bagi membolehkan sesiapa sahaja mengesahkan kesahihan aset berkenaan serta pemiliknya.

Tweet sebaris ayat “just setting up my twttr” yang dimuat naik oleh Dorsey pada 21 Mac 2006 itu memulakan trend penggunaan Twitter hingga menjadi antara medium komunikasi dalam talian paling popular.

NFT tersebut dijual melalui majlis lelongan maya di platform ‘Valuables’ milik syarikat Cent yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ketua Ekekutif dan pengasas bersama Cent mengesahkan bahawa pembelian dibuat menggunakan mata wang kripto Ether pada nilai 1630.5825601 ETH yang diterjemahkan kepada nilai AS$2,915,835.47 semasa dijual.

Cent mengesahkan bahawa pembelinya ialah Sina Estavi (profile Twitter: @sinaEstavi) berpangkalan di Malaysia dan juga Ketua Eksekutif syarikat Blockchain Bridge Oracle.

Susulan itu Estavi memberitahu Reuters bahawa beliau ‘bersyukur’ apabila diminta memberikan komen berhubung pembelian tersebut.

Pada 6 Mac lalu, Dorsey yang juga merupakan peminat bitcoin telah memuat naik satu tweet di mana NFT itu ditawarkan untuk pembelian.

Pada 9 Mac beliau berkata bahawa kesemua hasil jualan lelongan itu akan ditukarkan kepada mata wang bitcoin dan seterusnya menderma kepada orang ramai yang terkesan oleh Covid-19 di Afrika.

Dorsey menerima 95 peratus daripada hasil jualan utama, sementara Cent mendapat 5 peratus.

Ketua Eksekutif Cent, Cameron Hejazi berkata platformnya membolehkan orang ramai menyokong mana-mana tweet yang melampaui opsyen semasa untuk meletakkan ‘like’, komen atau ‘retweet’.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here