Bomba lancar tabung wira Allahyarham Muhammad Adib

0
327
Gambar atas: Tunang allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Nurul Najihah Mohd Razi,25, sambil diperhatikan oleh ayah allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid ketika menabur bunga di pusara selepas majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau./Foto  NSTP

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Tabung Wira Merah untuk waris Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi.

JBPM dalam kenyataan berkata orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui cek, Electronic Fund Transfer (EFT) dan tunai.

“Sumbangan boleh disalurkan di atas nama akaun bank Akauntan Negara Malaysia – KPKT – T di nombor akaun 16010000876715 di Bank Muamalat Malaysia Berhad,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat JBPM Siti Rohani Nadir di talian 013-2488994 atau 03-88927652 untuk sebarang pertanyaan.

JBPM mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan penghormatan yang diberikan kepada Allahyarham Muhammad Adib.

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam semalam, selepas cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

— Bernama
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here