CHICAGO dan BRIGHTON, England — Cision, syarikat induk PR Newswire mengumumkan pada 26 Februari bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk mengambil alih Brandwatch, peneraju global bagi kecerdasan pengguna digital dan pendengaran media sosial, yang bernilai $450 juta. Langkah yang strategik ini akan menggabungkan dua peneraju dalam industri masing-masing dan akan membawa faedah yang besar kepada pelanggan dari segi keupayaan pelengkap mereka bagi membawa masa depan perhubungan awam (PR), pemasaran dan penglibatan pelanggan digital.

Kekuatan transformasi digital memberi ganjaran kepada organisasi dan bilik lembaga yang mendengar dan memanfaatkan serta merta pandangan digital daripada pengguna mereka. Syarikat-syarikat terkemuka beradaptasi dan menggunakan pandangan ini dengan pantas bagi mewujudkan komunikasi dan hubungan langsung yang tersuai dan autentik bersama pelanggan secara meluas. Anjakan paradigma terhadap strategi PR, pemasaran dan keprihatinan pelanggan pada masa sebenar dan bertumpu pelanggan ini akan terus mempercepatkan dan membezakan syarikat-syarikat yang mengambil tindakan.

Cision ialah peneraju bagi pengedaran berita serta pemantauan dan analisis media dengan pangkalan data hubungan media yang terdiri daripada kira-kira 1 juta wartawan dan outlet media dan lebih 75,000 pelanggan. Brandwatch bekerjasama dengan beribu-ribu jenama yang paling dikagumi di dunia, menggunakan yang terkini dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin bagi membawa struktur dan memperoleh makna daripada suara berbilion-bilion orang yang menggunakan media sosial.

Cision dan Brandwatch merupakan gabungan yang menarik. Kedua-duanya akan bersama-sama menyediakan jenama-jenama dan organisasi-organisasi dengan kecerdasan pengguna serta media bagi merangka strategi penglibatan pelanggan yang lebih berkesan daripada PR dan pemasaran kepada penyelidikan dan pembangunan produk. Sama ada pasukan berhubung dengan wartawan dan pempengaruh, melancarkan kempen sosial, membangunkan mesej jenama atau menjalankan penyelidikan mendalam terhadap tingkah laku pengguna, mereka akan mendapat pandangan masa sebenar dan analisis trend jangka panjang untuk membimbing mereka.

“Peralihan digital yang berterusan dan penerimaan media sosial yang meluas mengubah dengan pantas dan secara asasi bagaimana jenama-jenama dan organisasi-organisasi terlibat dengan pelanggan mereka,” kata Abel Clark, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. “Hal ini mendorong keharusan bahawa pasukan PR, pemasaran, sosial dan keprihatinan pelanggan menggabungkan sepenuhnya pandangan unik yang kini terdapat dalam strategi yang diterajui pengguna. Cision dan Brandwatch akan bersama-sama membantu pelanggan kami memahami, berhubung dan terlibat dengan lebih mendalam bersama pelanggan mereka secara meluas dalam setiap saluran.”

“Kami sentiasa membina Brandwatch dengan cita-cita. Ia diiktiraf oleh Forrester yang menamakan kami sebagai peneraju dalam bidang kami baru-baru ini,” kata Giles Palmer, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Brandwatch. “Kini tibalah masanya untuk mengambil langkah yang seterusnya – menyertai syarikat dengan skala yang signifikan bagi mewujudkan sebuah perniagaan dan rangkaian produk yang dapat memberi impak global yang penting. Kami teruja untuk menyertai Abel dan pasukan Cision bagi menggiatkan usaha kami, malah membawa lebih nilai kepada pelanggan kami.”

Brandwatch dinamakan sebagai Peneraju dalam The Forrester Wave™: Platform Pendengaran Sosial, Suku Keempat 2020.

Urus janji ini djangka selesai dalam suku kedua 2021.

Macquarie Capital bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Brandwatch bagi urus niaga ini. Cooley LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk Brandwatch.

Gibson, Dunn & Crutcher LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang M&A, Willkie Farr & Gallagher LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kewangan manakala Latham & Watkins LLP bertindak sebagai penasihat pengawalseliaan untuk Cision.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here