JASNI Shafie (kiri) dicabar Norismadi Abd. Manap bagi kerusi Presiden SAM, 3 April ini. - Foto FB SAM.
Oleh Abdul Hafiz Ahmad
[email protected]

SATU lawan satu bagi kerusi No. 1 dan 2 – begitulah senario menjelang mesyuarat agung tritahunan pemilihan Jawatakuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 3 April ini.

Datuk Jasni Shafie yang baru sepenggal menyandang Presiden SAM sejak 9 Jun 2018, menghadapi tentangan Naib Presiden sekarang, Norismadi Abd. Manap dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam pemilihan penggal 2020 (2021)-2023 di Kelana Jaya, Selangor nanti..

Peneraju SAM ke-11 sejak penubuhannya pada 21 Februari 1969 di Kuala Lumpur, merupakan pengulas sukan sambilan RTM dan kini bersama NCP selain pernah berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia.

Timbalan Presiden SAM yang kekosongan ekoran peletakan jawatan Asan Ahmad (hubmedia) pada tahun lalu pula menjadi rebutan antara Ahmed Faisal Jamal (RTM) dan Izahar Atan (Karangkraf).

Masing-masing tampak cuba melonjak setakuk lagi daripada jawatan yang disandang sekarang, Setiausaha Agung dan Naib Presiden SAM.

Asan kali ini bergelar Setiausaha Agung baharu SAM tanpa bertanding setelah pencabarnya muka baharu, Arep Padillah Mohamad Kulal (Sports Images Malaysia) menarik diri selepas dicalonkan.

Pengumuman senarai calon pemilihan SAM dibuat dalam sidang akhbar di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur, hari ini.

Jasni mengambil alih teraju SAM setelah Naib Presiden Kanan dan Majalah Astro Arena yang juga bekas wartawan Berita Harian, Ahmad Khawari Isa memilih untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu selama lima penggal berturut-turut sejak 2009.

Selain Bendahari, pemilihan tiga tahun lalu di Petaling Jaya, Selangor menyaksikan jawatan Timbalan Presiden SAM dipertahankan Asan setelah menewaskan pencabar, Ajitpal Singh daripada New Straits Times (NST), 48 berbalas 24 undi.

Dua kerusi Naib Presiden SAM pula berdepan rebutan tiga penjuru antara Mohd. Hazreen Nor Mubarak (TV3) yang juga Ahli Exco sekarang selain Hussain Said (Berita Harian) dan Mohd. Hafizal Hamad (Astro Arena) yang juga bekas Ahli Exco penggal 2018-2020.

Tiga penyandang – Ahmad Fazli Mohd. Yadi (MFL), Zuriati Zulmi (Bernama) dan Ku Mohd. Lufti Ku Yahya (Sports247) dicalonkan sekali lagi untuk mempertahankan jawatan Ahli Exco SAM yang menawarkan lima slot.

Lima pencabar mereka terdiri daripada Mohammad Rozaidi Zulkifl (Utusan Malaysia), Yu Nee Kong (Sin Chiew Daily), Ajitpal Singh Dhaliwal (NST), Wan Nor Bazly Wan Azmi (Astro Arena) dan Vikneswaran Raman (Bernama).

Hanya jawatan Bendahari SAM yang dimenangi tanpa bertanding kali ini oleh Azhari Mohd. Yusop daripada Sports Images Malaysia setelah penyandang, Farhanah Azmi (Bernama) tidak dicalonkan semula.


DUA bekas Presiden SAM, Datuk Rahim Razali (tengah) dan Ahmad Khawari Isa. – Foto FB SAM.

EXCO SAM 2018-2020

Presiden: Datuk Jasnie Shafie (NCP)
Timbalan Presiden: -kekosongan-
Naib Presiden: Norismadi Abdul Manap (RTM) dan Izahar Atan (Karangkraf)
Setiausaha Agung: Ahmed Faisal Jamal (RTM)
Bendahari: Farhanah Azmi (Bernama)
Ahli Exco: Zuriati Zulmi, Mohd. Hazreen Nor Mubarak, Ku Mohd. Lufti Ku Yahya dan Ahmad Fazli Mohd. Yadi

SENARAI NAMA PENCALONAN PEMILIHAN EXCO SAM 2020-2023

Presiden (1)
1. Datuk Jasni Shafie (NCP) penyandang
2. Norismadi Abd. Manap (RTM)

Timbalan Presiden (1)
1.Ahmed Faisal Jamal (RTM)
2.Izahar Atan (Karangkraf)

Naib Presiden (2)
1.Mohd. Hazreen Nor Mubarak (TV3)
2.Hussain Said (Berita Harian)
3.Mohd. Hafizal Hamad (Astro Arena)

Setiausaha Agung (1)
Asan Ahmad (hubmedia) menang tanpa bertanding

Bendahari (1)
Azhari Mohd. Yusop (Sports Images Malaysia) menang tanpa bertanding

Ahli Exco (5)
1.Ahmad Fazli Mohd. Yadi (MFL)
2.Zuriati Zulmi (Bernama)
3.Ku Mohd. Lufti Ku Yahya (Sports247)
4.Mohammad Rozaidi Zulkifl (Utusan Malaysia)
5.Yu Nee Kong (Sin Chew Daily)
6.Ajitpal Singh Dhaliwal (NST)
7.Wan Nor Bazly Wan Azmi (Astro Arena)
8. Vikneswaran Raman (Bernama) – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here