Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM– Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) dan Pusat Sukan UiTM akan menganjurkan kejohanan kali pertama Karnival Sukan Staf (KARiSTA) ESports Edition 2021 pada 2 hingga 4 April depan.

Timbalan Presiden PSKK, Mustaza Ahmad berkata, kejohanan tersebut julung kali diadakan secara dalam talian telah berjaya menarik minat dengan pengesahan penyertaan oleh 12 buah kampus UiTM dari seluruh Malaysia.

“Sebanyak enam acara yang akan dipertandingkan iaitu Mobile Legend (ML), MOTOGP, Call Of Duty (COD), FIFA 2021, PES 2021 dan PUBG. UiTM Sarawak merupakan kontingen yang paling besar dalam kejohanan ini apabila menyertai semua jenis acara yang akan dipertandingkan.

“Pendekatan dan penglibatan khususnya dikalangan warga UiTM secara tidak langsung dapat memperkasakan sukan esports bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah dikalangan warga kerja UiTM,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustaza yang juga Pengarah Pusat Sukan berkata,pihaknya sebelum ini juga telah mengadakan beberapa kejohanan esports bermula dari Sukan Antara Fakulti pada tahun lalu disusuli dengan Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) UiTM dan yang terkini Kejohanan UiTM International Sports Fiesta (UiSF) pada awal Mac lalu.

Katanya lagi, walaupun pandemik Covid-19 masih belum reda, inisiatif kejohanan dari PSKK ini diharap dapat memberi satu pilihan kepada warga UiTM dalam sentiasa bergerak aktif untuk membantu meningkatkan produktiviti kerja.

“Ironinya dengan penganjuran seperti ini dapat menggalakkan penglibatan warga kampus dalam aktiviti sukan bukan sahaja secara fizikal tetapi secara maya.

“Untuk rekod, semua perlawanan akan dilangsungkan menerusi saluran YouTube, UiTM Sports Channel,”katanya.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here