Baguette atau Roti Perancis. Foto Pixabay

ELAK PUPUS…Baguette atau sebutan dalam bahasa Perancisnya [baˈɡɛt] atau [ba-gét], mungkin kita pernah memakannya atau setidak-tidaknya melihat atau mendengarnya. Tidak kurang juga yang memanggilnya roti Perancis atau roti panjang atau roti tongkat.

Baguette yang menjadi makanan ruji rakyat Perancis kini dicalonkan untuk disenaraikan sebagai warisan budaya UNESCO supaya tradisi, pengetahuan dan kaedah pembuatannya tidak hilang begitu sahaja, lapor BBC.

Difahamkan 10 billion roti berkenaan dimakan setiap tahun di Perancis dan penghasilan dilakukan menggunakan kaedah tradisional meskipun dilaporkan sekitar 20,000 buah kedai telahpun ditutup sejak tahun 1971.

Foto Pixabay

Seperti mana di Malaysia, kebanyakan baguette kini diperolehi di pasar raya besar yang penghasilannya dilakukan menggunakan mesin secara besar-besaran bukan lagi dilakukan secara tradisional.

Berjaya atau tidak roti panjang ini tercatat dalam senarai warisan budaya UNESCO seperti mana roti keping dari Iran dan Kazakhstan, keputusannya hanya akan diketahui pada akhir tahun 2022. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here