Caption: Pengerusi Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya (MIAJ) merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ghazali Md Nor menyerahkan sumbangan dana kepada Zahra Barista bagi menampung yuran sekolah asrama Seri Puteri, Cyberjaya.

AMPANG JAYA — Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya (MIAJ) Selangor melakar sejarah apabila inisiatif Wakaf Tunai yang dibangunkan terus menyerahkan dana pendidikan.

Penerima terbaharu adalah Zahra Barista Mohd Qaharudin bagi menampung yuran kemasukan beliau ke Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri, Cyberjaya.

Zahra Barista merupakan Alumni Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA IHSANIAH dengan pencapaian academik yang cemerlang.

Langkah MIAJ mengambil SAR KAFA IHSANIAH sebagai anak angkat membawa barakah, kata Nik Rokiah binti Nik Mat Ketua Biro Pendidikan MIAJ 1442H.

Menurut Pengerusi MIAJ, madrasah itu telah membawa agenda menyemarak agenda Waqaf Tunai dalam pembangunan ummah menerusi inisiatif fardu kifayah dalam pelan kerja tahunan mulai 1442H.

“Sambutan Ahli Kariah Surau Ihsaniah Ampang Jaya Ampang serta penderma dalam dan di luar MIAJ ke atas Wakaf Tunai sungguh mengalakkan.

“Inisiatif Pendidikan MIAJ adalah strategik kerana ia adalah komitmen bagi memartabat dan menebus maruah bangsa Melayu IsLam di negara ini dalam usaha tajaan pendidikan kepada anak muda kita sendiri,” kata Dr Ghazali kepada bebasnews.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua masjid dan surau dalam negara memulakan skim tajaan pendidikan Wakaf Tunai dalam pelan tindakan tahunan mereka melalui kutipan sedekah yang terkumpul setiap Jumaat.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here