FOTO: The Official CTBTO Photostream, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Fetty Rara

FACEBOOK hari ini mengumumkan rancangan untuk memasang dua kabel dasar laut bagi menghubungkan Singapura, Indonesia dan Amerika Utara.

Ia adalah sebahagian daripada projek bersama Google dan beberapa syarikat telekomunikasi serantau yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti sambungan Internet di antara kedua-dua wilayah.

Naib Presiden Pelaburan Rangkaian Facebook, Kecin Salvadori memberitahu Reuters bahawa kabel yang dinamakan Echo dan Bitfrost itu adlah dua pemasangan pertama menggunakan laluan lain merentasi Laut Jawa, justeru meningkatkan kapasiti keseluruhan trans-pasifik sebanyak 70 peratus.

Beliau, bagaimana pun, enggan menyatakan jumlah pelaburan berkenaan, tetapi berkata ia amat berharga untuk syarikat itu di rantau Asia Tenggara.

Kabel-kabel tersebut yang merupakan inisiatif pertama untuk menghubungkan Amerika Utara dengan beberapa wilayah utama di Indonesia bakal mempertingkatkan hubungan telekomunikasi bagi bahagian tengah dan timur negara keempat paling padat penduduk itu (Indonesia).

Kabel Bitfrost, usaha sama di antara anak syarikat Indonesia, Telkomsel, Telin dan syarikat perkapalan Singapura, Keppel dijangka siapa pada 2024.

Menurut kajian 2020 oleh Persatuan Pembekal Internet Indonesia, 73 peratus daripada 270 juta penduduk memanfaatkan Internet menggunakan akses data mudah alih, dengan kurang 10 peratus menggunakan akses jalur lebar, sementara sebahagian besar negara itu terus terpinggir daripada akses dalam talian.

Tahun lalu Facebook mengumumkan pemasangan talian fiber optik sepanjang 3,000km di Indonesia merangkumi 20 bandar raya sebagai tambahan kepada perjanjian terdahulu bagi membangunkan ‘hot spot’ WiFi awam.

Awal bulan ini Facebook berkata akan menghentikan usaha membangunkan hubungan kabel di antara California dengan Hong Kong berikutan kebimbangan kerajaan AS mengenai talian terus di antara AS dan Hong Kong.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here