Tengku Amir Shah (kanan) menerima gambar menara Zip Line daripada Mohd.Rashidi sempena Majlis Perasmian Zip Line dan Air Pancut Muzikal di Tasik Shah Alam, Shah Alam Selangor.
Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM-Dua tarikan baharu, Zip Line (“flying fox”) sepanjang 240 meter dan Air Pancut Muzikal diwujudkan di bandaraya ini bagi mengaktifkan acara rekreasi di negeri ini.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd.Rashidi Ruslan berkata, peminat sukan lasak boleh menyertai aktiviti Zip Line merentas tasik dan orang ramai boleh menyaksikan sendiri Air Pancut Muzikal di Laman Budaya bermula 1 April ini.

“Pengunjung yang ingin menyertai Zip Line sepanjang 240 meter tersebut dibenarkan masuk secara percuma bermula 1 hingga 4 April ini.Zip Line yang bernilai RM500,000 ini mula beroperasi 1 hingga 12 April dari 10 pagi hingga 6.30 petang (Isnin dan Jumaat), 8.30 pagi hingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad).

“Manakala bermula 14 April hingga 10 Mei dari 2 hingga 6.30 petang (Isnin hingga Ahad),”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Zip Line dan Air Pancut Muzikal di sini.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berangkat malam.tadi merasmikan kedua tarikan baharu tersebut.

Mohd.Rashidi berkata, warga bandaraya ini akan menerima diskaun sebanyak RM5 sepanjang masa daripada caj RM20 hingga RM40 mengikut kategori dan untuk pelajar RM20 bagi dua sesi terjunan.

Mengulas mengenai Air Pancut Muzikal yang dibina dengan kos lebih RM1 juta tersebut, lokasinya adalah di bahagian barat Tasik Shah Alam dan bakal beroperasi bermula 2 April depan setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum dari 8.15 malam hingga 10 malam.

“Struktur air pancut sepanjang 30 meter ini dilengkapi sistem pencahayaan diod, pancaran cahaya (LED) berwarna-warni, audio dan pergerakan air beralun mengikut irama latar yang dimainkan,”katanya. -BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here