Photo by cottonbro from Pexels
Oleh Arrazaq Nazri

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpendapat kerja dari rumah mampu mengurangkan stress.

Najib berkata, ada juga kajian-kajian yang membuktikan telecommuting ini mampu meningkatkan produktiviti bagi kerja-kerja tertentu selain mengurangkan stress, tekanan dan kos pengangkutan bagi

“Sebelum pandemik, trend work from home atau “telecommuting” semakin diterima di seluruh dunia,”katanya dalam entri facebooknya hari ini.

Najib berkata demikian sebagai respon pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membatalkan arahan 30 peratus kakitangan bekerja dari rumah untuk sektor perkilangan.

Najib menyatakan dalam entri tersebut kepada Ismail, jika arahan tersebut tidak lagi dikuat kuasa sebagai mandat, harap ianya boleh dijadikan garis panduan dan digalakkan selagi produktiviti mereka yang kerja dari rumah tetap tinggi.

Semalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membatalkan syarat pematuhan 30 peratus kehadiran pekerja di pejabat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 1 April ini.

Ismail berkata, pembatalan syarat itu berikutan cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memberi peluang kepada pihak pengurusan serta penyelia sesebuah syarikat beroperasi pada tahap maksimum.

Beliau berkata antara justifikasi keputusan itu ialah arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan kepada syarikat perkilangan sukar dilaksanakan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara meluas.

Selain itu jelasnya, operasi pengilangan sering melibatkan proses kompleks dan teknikal dengan kehadiran pasukan berbeza yang terdiri daripada kakitangan pengurusan serta penyelia dan pada masa yang sama, mereka dikehendaki bekerja secara serentak.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here