Oleh Zihan Zari

PENGGUNA jalan raya yang melalui Jalan Persiaran Stargate ke Selarong Lalang Kanan di Alor Setar, Kedah kini berdepan dengan masalah apabila lampu jalan gagal berfungsi pada waktu malam di kawasan berkenaan sehingga boleh mengundang kecelakaan.

Tinjauan dan pengamatan di sepanjang laluan kawasan itu pada malam hari mendapati lampu tidak bernyala hanya berfungsi sebahagiannya sahaja, ada tiang lampu telah tumbang menyembah bumi namun dibiarkan tidak dibaik pulih.

Malah, keadaan jalan raya di situ bukan saja tidak rata malah ada kesan berlopak di tengah jalan boleh membahayakan keselamatan orang ramai terutamanya kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Jalan yang berada di bawah selenggaraan dan seliaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghubungkan ke Plaza Tol Alor Setar Selatan, dekat sini sering digunakan sebagai laluan utama oleh penduduk setempat yang berhampiran membeli-belah di pasaraya TESCO Stargate.

“Kewujudan selekoh ‘maut’ ini dikenal pasti sebagai laluan bahaya pengguna jalanraya akan menghadapi kesukaran ketika hujan lebat menyebabkan jalan licin terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih besar, kata salah seorang penduduk di situ, Yusof Awang,58.

Lebih membimbangkan lagi selekoh di sini ketiadaan pencahayaan pada waktu malam yang gelap menyukarkan pengguna untuk mengenal pasti keadaan jalanraya kerana banyak lampu jalan di kawasan ini tidak berfungsi atau bernyala.

“Sebelum banyak berlaku kejadian tidak diingini, saya berharap pihak berkuasa mengambil perhatian serius dan mencari alternatif menyelesaikan masalah ini, ia bukan saja dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya malah keselamatan orang ramai juga terjamin.

Jangan tunggu nyawa melayang baru kita mahu ambil tindakan yang sewajarnya,”katanya.

Masalah ini telah dikemukakan secara atas talian menggunakan sistem E-Aduan MBAS  namun setakat berita ini ditulis masih tiada sebarang jawapan dan tindakan susulan oleh pihak berkuasa tempatan.

Zihan Zari merupakan pembaca BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here