KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 1,178 kes Covid-19 baharu, kembali ke tahap normal selepas kenaikan mendadak semalam.

Tidak seperti kebiasaan, Sarawak mendahului kes harian tertinggi sebanyak 238 kes, diikuti Selangor yang selalunya mendahului dengan 237 kes.

Negeri dan Wilayah Persekutuan lain yang mencatatkan angka tiga digit termasuk Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Kes baharu meletakkan jangkitan kumulatif setakat ini pada 346,678.

Sementara itu, enam lagi korban direkod hari ini, menjadikan jumlah korban 1,278 orang.

Seramai 163 pesakit sedang dirawat di ICU, manakala 81 orang memerlukan bantuan pernafasan.

https://bit.ly/3mbXtT9
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here