SEBANYAK 1,449 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 349,610 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 494 kes (30.2 peratus).

Daripada jumlah ini,  jelasnya sebanyak 486 kes di Perak itu daripada Kluster Jalan Pelabuhan,  kluster tempat kerja yang diumumkan pada 20 Februari 2021.

“Selain daripada Perak, dua buah negeri lain yang turut melaporkan kes harian baharu yang tinggi adalah Selangor iaitu sebanyak 352 kes (21.5 peratus) dan diikuti oleh Sarawak sebanyak290 kes (17.7 peratus),” katanya.

Sementara itu, jelasnya, tiga lagi korban direkod menjadikan jumlah kematian seramai 1,286 orang.

Dr Noor Hisham berkata 167 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 81 memerlukan bantuan pernafasan.

https://bit.ly/31Mx5pi
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here