Oleh Nafsiah Jani

SEMALAM 3 April (Sabtu) penyanyi Syamel,28 dan Ernie Zakri,29, akan mengadakan majlis resepsi di Bayswater KLCC dengan jemputan seramai 250 orang sahaja. Majlis bertemakan ‘black tie’ bagi meraikan keluarga terdekat, rakan artis dan rakan media.

Pasangan ini selamat dinikahkan dengan sekali lafaz pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pada majlis tertutup itu, Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Pasangan yang pernah meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 ini berkenalan empat tahun ketika menyertai program realiti, Duo Star. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada Ogos tahun lalu.

Berseri-seri wajah pengantin baru, Syamel dan Ernie ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2021. Walaupun sudah beberapa hari bergelar suami isteri, nampaknya mereka masih malu-malu lagi untuk bergambar berpelukan.

“So far Alhamdulillah semuanya dah selamat. Sekarang ini jadual kerja kami ketat. Sehari lepas nikah pun kami dah bekerja dan syukurlah kami kerja bersama-sama. Ini adalah hari kelima kami bergelar suami isteri dan ia merupakan hari yang terindah bagi Syamel.

“Kami dah pun duduk rumah sendiri di Kuala Lumpur. Buat masa ini Syamel tak sempat lagi merasai air tangan Ernie lagi. Mana tidaknya kami terlalu sibuk…keluar pagi dan balik malam. Nasib baiklah kami bekerja ditempat yang sama,’’ kata Syamel sambil ketawa.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri pula menambah, “Kerja-kerja ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bila dah tertangguh kami kena habiskan juga. Oleh kerana terlampau sibuk bekerja kami belum sempat melayari perasaan macam orang dah kahwin. Lepas kerja-kerja ini selesai Ernie akan cuba memasak untuk Syamel. Buat masa ini Ernie pun tak tahu lagi lauk kegemaran Syamel.’’

“Lima hari hidup bersama ini, Ernie dah rasa bahagia. Ernie berdoa agar hubungan kami kekal bahagia macam ini hingga keakhir hayat.’’

Menyentuh mengenai bilangan anak pula, kata Syamel, “Keluarga kami kecil. Saya tiga beradik dan Ernie pula dua beradik, tapi kami tak tetaplah berapa orang anak lagi. Berapa orang yang Allah kurniakan kami terima dengan hati terbuka. Lagi ramai, lagi best kot dan meriah hidup kerana merekalah yang akan doakan kami nanti. Kalau boleh Syamel nak rasa ada anak perempuan dan anak lelaki.

Ernie pemilik trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 yang berada disebelah Syamel pula menyampuk, “Macam Syamel kata anak yang ramai tu meriahnya lain…tapi tidaklah anak yang ramai sangat. Dapat tiga atau empat orang anak dah cukup bagi Ernie. Larat tak larat tu,tak tahulah.

“Kalau ada rezeki memang Ernie dah bersedia untuk jadi seorang ibu. Buat masa ini Ernie dah banyak praktis jadi ibu kepada dua ekor anak kucing kesayangan Ernie.’’

`Goodbye Hello’ cukup bermakna

“Lagu `Goodbye Hello’ ini merupakan lagu duet ketiga kami selepas Aku Cinta Dan Takkan Terlerai. Lagu ini cukup bermakna kepada kami dan kami akan nyanyikan pada malam resepsi ini khusus untuk menunjukkan rasa cinta saya kepada isteri tercinta.

“Lagu ini bercerita tentang pasangan yang tidak akan berpisah.. macam kamilah. Istilah `goodbye’ dan hello adalah perkataan yang sering kami ucapkan setiap kali berjumpa dan lepas itu berpisah kerana masing-masing ada kerja sendiri,’’ kata Syamel mengenai keindahan lirik dan lagu ciptaan Faizal Tahir dan teamnya serta Syamel dan Ernie juga.

Menyentuh mengenai pasangan duet pula, Syamel Artis Baharu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke -22 berkata, “Kalau ada yang nak berduet dengan Ernie, Syamel tak kisah kerana kami bersikap terbuka dan begitu juga jika sebaliknya jika ada penyanyi yang berminat untuk berduet dengan Syamel pula.

“Kalau ada yang sesuai apa salahnya kami bertukar pasangan duet. Tapi selagi kami rasa peminat masih menanti lagu-lagu duet kami apa salahnya kami terus berkolaborasi. Bukan atas dasar sebab kami suami isteri sebaliknya atas dasar kami rakan duet yang serasi.

Kini Syamel dan Ernie sibuk berkecimpung dalam beberapa buah bisnes antaranya bisnes makanan seperti kerepok lekor dan ayam goreng. Gerai yang dinamakan Lekos ini terletak di
Se- table Café, Setapak sejak dua bulan lalu.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here