GERARD Denis Singam (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Rosmanizam.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) menghargai empat bekas pegawai pertubuhan itu dalam majlis ringkas di sini, 3 April 2021.

Mereka ialah bekas presiden Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Termidzi Junaidi, bekas timbalan presiden Mohd. Alwi Zaman, bekas bendahari Cugadas Maghesan dan bekas ahli jawatankuasa Rosmanizam Abdullah.

Presiden ACU & S, Datuk Azmi Mohd. Ali yang menjadi hos majlis berkenaan berkata keempat-empat mereka masih diharapkan dapat membantu persatuan itu berpandukan pengalaman luas masing-masing.

CUGADAS (kiri) gembira menerima penghargaan.

Turut hadir pada majlis 3 April 2021 ialah setiausaha agung Lt. Kol. (B) Gerard Denis Singam, timbalan presiden Shafizan Shahriman, bendahari Azmi Jaafar, ahli jawatankuasa Faizshal Niaz-Lyn dan Setiausaha Kriket Angkatan Tentera Mejar Keshvinder Randhava.

Azmi dan Gerard akan berbincang dengan Setiausaha Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Gopal Sreenivasan mengenai kerancakan membangunkan pengadil dan pencatat kriket di negara ini.

ALWI (kiri) turut hargai sebagai bekas timbalan presiden.
DR. TERMIDZI… bekas presiden ACU & S
ANTARA yang hadir dalam majlis 3 April 2021.
BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here