Oleh Fetty Rara

BEKAS Putera Mahkota Jordan Putera Hamzah Hussein telah ditahan kerana mengkritik kerajaan.

Sebuah video yang dihantar kepada BBC oleh peguamnya, Putera Hamzah yang merupakan adik tiri Raja Abdullah didakwa menuduh para pemimpin negara itu mengamalkan rasuah dan tidak cekap.

Tindakan tersebut diambil susulan beberapa tangkapan berprofil tinggi yang dikatakan mempunyai kaitan dengan satu komplot untuk merampas kuasa.

Terdahulu, pihak tentera Jordan menafikan bahawa Putera hamzah ditangkap dan diletakkan bawah tahanan rumah.

Bagaimana pun, kemdian mereka berkata beliau diarahkan supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh digunakan oleh pihak luar untuk menyasarkan ‘kestabilan dan keselamatan’ Jordan.

Tangkapan dilakukan selepas beliau mengadakan perjumpaan bersama beberapa pemimpin di mana beliau dikatakan telah mendapat sokongan.

Putera Hamzah, bagaimana pun menafikan semua tuduhan dan berkata beliau bukan sebahagian daripada apa jua konspirasi.

Sementara itu, kuasa-kuasa serantau, termasuk Mesir dan Arab Saudi telah menyuarakan sokongan terhadap Raja Abdullah. Amerika Syarikat yang merupakan sekutu Jordan dalam kempen menentang puak Daesh (IS) turut memberi sokongan kepada beliau.

Jordan yang tidak banyak mempunyai sumber semula jadi mengalami kemerosotan ekonomi berikutan pandemik Covid-19, selain terpaksa menyerap puluhan ribu pelarian perang dari Syria.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here