FOTO: Marwa Elselehdar

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BULAN lalu, Marwar Elselehdar perasaan sesuatu yang pelik.

Ia berlaku ketika berita tentang kapal kontena besar, Ever Given terkandas di Terusan Suez tersebar  hingga menyebabkan laluan perkapalan paling penting dunia itu terhalang.

Melalui telefon beliau mendapat tahu bahawa khabar angin sedang kencang ditular kononnya beliau yang bertanggungjawab, lapor bbc.com.

Sebenarnya pada waktu kejadian Elselehdar sedang bertugas sebagai ketua pegawai kapal Aida IV yang berada di Alexandria beratus kilometer dari lokasi kejadian.

Kapal beliau kendalikan itu dimiliki oleh pihak berkuasa keselamatan maritim Mesir yang bertugas menghantar bekalan ke sebuah rumah api di Laut Merah, selain melatih pelajar dari Akademi Sains, Teknologi dan Pengangkutan Arab Saudi (AASTMT) yang merupakan universiti serantau dikendalikan oleh Liga Arab.

FOTO: Marwa Elselehdar

Khabar angin mengaitkan Marwa Elselehdar dengan kejadian tersebut disebabkan beberapa ‘screenshot’ untuk berita palsu yang kononnya disiarkan oleh Arab News.

Imej diubah dibuat seolah-olah ia laporan sebenar oleh Arab News yang disiarkan pada 22 Mac dan memaparkan kejayaan Marwa sebagai kapten kapal wanita pertama Mesir.

Selain itu beberapa akaun Twitter menggunakan nama beliau turut menyebar dakwaan palsu tersebut.

Marwar Elselehdar, 29 tahun memberitahu BBC bahawa beliau tidak tahu siapa yang mula menyebarkan berita tersebut dan apa tujuannya.

Tetapi, beliau mengesyaki dirinya dijadikan sasaran kerana kejayaannya sebagai wanita dalam bidang perkapalan atau mungkin disebabkan dia berketurunan Mesir.

Ini bukan kali pertama Marwa berdepan dengan cabaran dalam lapangan yang didominasi kaum lelaki.

Menurut Pertubuhan Maritim Sedunia, hanya dua peratus kapten kapal dunia terdiri daripada wanita.

Walaupun berita palsu itu menyebabkan beliau berasa bimbang boleh menjejaskan kariernya, namun respons positif yang menyokong telah menaikkan semangatnya.

Apa yang berlaku sebaliknya menjadikan Marwa lebih terkenal dan boleh membantu beliau mengambil peperiksaan akhir untuk dinaikkan ke pangkat kapten penuh.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here