Oleh Fetty Rara

SEKURANG-kurangnya 50 orang maut dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia dan Timor Leste.

Hujan lebat juga menyebabkan banyak kemusnahan apabila air dari empangan yang melimpah menenggelamkan beribu rumah, lapor bbc.com.

Kawasan yang terjejas merangkumi Pulau Flores dan wilayah timur Indonesia hingga ke negara jiran Timor Leste.

Pasukan penyelamat masih berusaha untuk mencari mangsa yang terselamat, sementara pihak berkuasa berkata jumlah korban mungkin lebih tinggi.

Jurucakap agensi bencana Indonesia Raditya Jadi memberitahu wartawan bahawa empat daerah kecil dan tujuh buah kampung terkesan oleh bencana itu.

Beliau berkata setelah data diteliti bersama pasukan di lokasi, mereka mendapati bahawa sekurang-kurangnya 41 orang maut, sementara 27 masih hilang dan sembilan mengalami kecederaan.

Bagaimana pun, timbalan bupati Timur Flores Agustinus Payong Boli menganggarkan sebanyak 60 kematian di kawasannya, tetapi pihak berkuasa Indonesia belum memberikan pengesahan.

Menurut beliau kebanyakan daripada mangsa merupakan penduduk kampung Lemanele yang dilanda banjir kilat dan tanah runtuh serentak.

Di ibu negara Timor Leste, Dili pihak berkuasa melaporkan 11 orang maut.

Mangsa yang tercedera telah dipindahkan ke kampung berhampiran, selain dihantar ke hospital dan pusat kesihatan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here