FOTO: Stevensim.

BUKIT MERTAJAM — Rosliza Hassan, yang dilaporkan diusir tuan rumah bersama 10 anaknya, kini mengalami ‘trauma emosi’ susulan kejadian itu.

Menurut pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang melawatnya pagi ini, wanita berusia 37 tahun terbabit tidak dapat ditenangkan dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

“Beliau tersinggung kerana diusir dan nampaknya murung kerana seluruh negara tahu apa dialaminya.

“Susulan itu beliau meminta untuk tidak diganggu buat masa ini,” kata seorang pegawai zakat yang melawat wanita terbabit di rumah sewanya di Taman Machang Bubok hari ini.

Menurut ZPP, pihaknya memberi bantuan zakat kepada wanita itu sejak 2011. Setakat hari ini, lebih RM90,000 sudah disalurkan kepada keluarga itu.

Rosliza dan keluarganya menerima bantuan bulanan RM500 dan bantuan makanan RM200, kata ZPP.

“Malah, kami menyemak kesnya dari semasa ke semasa dan menyesuaikan jumlah zakat berdasarkan keperluan mereka,” kata CEO ZPP Amran Hazali.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata usaha sedang dilakukan untuk memindahkan keluarga itu ke rumah kos rendah kerajaan di Bukit Mertajam.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sedang meneliti kesnya. Rosliza mendakwa tidak menerima bantuan kebajikan kerana permohonannya sebelum ini ditolak.

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim membantu Rosliza selepas wanita itu dilihat di luar rumah sewanya bersama semua barangan miliknya dan anak-anak berusia tiga hingga 21 tahun.

Sim membelikan barangan keperluan untuk keluarga itu sebelum meletakkan mereka di rumah sewa sementara menunggu ditempatkan di rumah kerajaan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/05/ibu-diusir-bersama-10-anak-trauma/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here