Nadia Brian tenang kerana segala permasalahan dalam rumah tangga sudah selesai.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

AKHIRNYA status isteri yang digalas oleh Nadia Brian, 31, terlerai apabila Muizz Nasruddin melafazkan cerai talak satu terhadap pelakon tersebut pada 4 April 2021.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, beliau diceraikan oleh Muizz pada kira-kira pukul 8.20 malam dan perceraian dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.

“Dah selesai semuanya, alhamdulillah saya okey. Apapun kena bertenang. Saya jenis bukan suka kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya,” katanya ringkas.

Muizz Nasruddin melafazkan cerai terhadap Nadia di luar mahkamah. Foto:IG Muizz

Pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda menyatakan fokusnya selepas ini adalah pada kerjaya seni dan keluarga terutama ibu dan nenek.

“Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek. Saya masih ada nenek, jadi kena berbakti lebih pada orang tua,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi sebuah laporan media, Nadia mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu. Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.

Terdahulu, pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu sebelum ini mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November 2019 sedang berantakan, namun enggan mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.

Nadia mahu fokus kepada keluarga selepas ini.Foto:IG Nadia

Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia sering berkongsi hantaran menerusi InstaStory yang memberi bayangan dirinya berstatus solo.

Pergolakan rumah tangga mereka semakin memuncak selepas Muizz yang juga seorang ahli perniagaan membuat pendedahan dalam Instagram pada 7 Oktober lalu bercerita tentang kecurangan Nadia terhadapnya.

Ekoran daripada pendedahan tersebut, bermulalah perang media sosial antara mereka yang didakwa sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here