Dr. Azu dengan peranti Mind Tune yang dapat membantu mereka yang ada masalah mental dan sebagainya./Foto: Mind Tune.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ORANGNYA kecil tapi berjiwa besar. Itulah peribadi sebenar pakar motivasi dan aktivis Malaysia, Dr. Azuraida Shahadan, 37, atau lebih dikenali sebagai Dr. Azu.

Beliau yang mempunyai 3pengalaman lebih 15 tahun membimbing individu, keluarga mahupun syarikat kini berjaya menghasilkan peranti memprogram minda iaitu Mind Reprogramming Device.

Menurut Dr. Azu, 80 peratus daripada kehidupan, kejayaan atau kegagalan manusia sebenarnya ditentukan oleh minda separa sedar yang telah terbentuk semasa usia 0 hingga 7 tahun.

Katanya, selepas usia itu, minda manusia hanya akan memainkan apa saja program atau kepercayaan yang dibentuk semasa kecil. Sekiranya, kepercayaan yang terbentuk adalah kemalasan, sakit atau kegagalan, maka kita harus memprogramkan semula minda separa sedar itu.

Dr. Azu turut menggunakan khidmat Deja Moss dan Cikgu Siti Hajar dalam menghasilkan peranti Mind Tune/Foto: Mind Tune.

“Minda separa sedar kita akan bagi jawapan sewaktu kita bangun pagi dan kadang-kadang waktu mandi atau sedang memandu tiba-tiba dapat idea.

“Mana idea itu datang? Sebab the night before kita dah tanya minda separa sedar. Cuma kita tak tahu sebelum ini kita pernah buat, bahawa ini tekniknya. Sebenarnya, apa yang kita fikir itu yang Allah akan dekatkan.

“Secara asasnya hukum daya tarik ni mudah saja, jika kita fikir pasal orang tertenu, Allah akan dekatkan kita dengan individu berkenaan. Bila kita fikir pasal barang, kita dapat barang. Whatever reason kita fikir, kita akan dapat,” jelasnya tentang memprogram minda yang perlu diamalkan oleh semua orang.

Untuk membantu masyarakat mengatasi permasalahan mereka, Dr. Azu telah menghasilkan Peranti Mind Tune atau dikenali sebagai MIA (Mind Affimation Device) yang diformulakan dengan empat elemen utama.

Elemen tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Terapi Siang, Terapi Tidur, Terapi Pagi & Siang serta Terapi Setiap Masa. Peranti yang dicipta itu boleh dipasang dan dibaca pada bila-bila masa ketika dalam keadaan sedar.

Selain itu, suara penyanyi Deja Moss yang dipantau oleh guru vokal popular iaitu Cikgu Siti Hajar juga dapat didengari dalam peranti ini untuk beberapa bacaan zikir.

Dr. Azu sedang mencari 200 orang untuk diberi peranti secara percuma bagi menguji masalah mereka/Foto: Mind Tune.

“Terapi Siang dilengkapi dengan surah pilihan daripada al-Quran dan bergantung kepada kehendak atau impian yang ingin dicapai. Untuk kesembuhan, saya cadangkan pemasangan Rukyah secara berpanjangan.

“Sepuluh minit sebelum tidur tu dengarlah Terapi Tidur yang merupakan akses kepada minda separa sedar. Ini adalah terapi memprogramkan minda untuk kebahagiaan, kejayaan, kebijaksanaan dan kekayaan.

“Bagi Terapi Pagi & Siang, boleh dipasang pada pagi hari bagi menarik aura dan energi positif hadir. Manakala Ratib dan Wirdulatid dipasang pada waktu Maghrib sebelum masuk Isyak,” jelasnya waktu yang sesuai untuk mendengar peranti yang diciptanya berdasarkan pengalaman sendiri.

Ujarnya pada 2012, beliau melalui pergolakan rumah tangga dan ketika itu keadaan mindanya kurang stabil dan selepas mengamalkan beberapa terapi, kehidupannya kembali ceria.

“Saya mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan formula terapi mindset terbaik yang sesuai dengan budaya dan agama di Malaysia. Saya bersyukur kerana akhirnya Mind Tune kini boleh dimiliki oleh orang ramai.

“Secara tak langsung peranti Mind Tune ini dapat membantu individu di luar sana yang terjejas akibat Covid-19 untuk bangun semula, termasuklah usahawan, anak-anak di rumah kebajikan, penagih dadah, individu yang mengalami masalah anxiety, tidak boleh tidur malam, pelajar sekolah dan ramai lagi,” katanya yang mahu berkongsi kebaikan dengan orang ramai.

Tambah Dr. Azu, peranti berona putih yang dilengkapi dengan pengecas dan panduan pengguna itu disertakan sekali dengan buku motivasi, Panduan Unggul Ubah Hidup tulisan beliau pada setiap pembelian.

“Peranti ini akan dilancarkan Julai nanti selepas saya mendapat keputusan daripada pengguna yang terpilih. Sekarang ini saya sedang mencari 200 orang sesiapa saja di luar sana yang mempunyai masalah mental, keluarga atau mereka yang betul-betul mahu menggubah kehidupan, kita akan bagi peranti secara percuma.

“Kita akan saring peserta itu untuk terima peranti ini dan kita nak dia cuba selama 30 hari dan tengok keputusannya. Mungkin ibu bapa atau pelajar yang nak menghadapi peperiksaan, ada masalah kecelaruan emosi atau ibu tunggal yang baru berpisah,” katanya tentang latar belakang peserta yang bakal dipilih untuk mencuba peranti Mind Tune.

Untuk keterangan lanjut boleh melayari www.mindtune.com.my.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here