GAMBAR: SPRM.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang berjaya ditumpaskan semalam.

Lelaki berusia 38 tahun dan bekerja sebagai juru ukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit. Beliau dipercayai menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket supaya memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender.

Penahanan lelaki terbabit dibuat lewat malam semalam di rumahnya di Ampang, Selangor. Hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket. Setakat ini, sebanyak empat kali pembayaran telah diterimanya dengan anggaran keseluruhan RM1.2 juta.

Siasatan masih berjalan dan ramai lagi dipercayai akan ditahan berhubung kes ini.
Datuk Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan tangkapan ini dan enggan mengulas lanjut.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here