mekah kaabah umrah haji
Photo by Ömer F. Arslan on Unsplash

MENUNGGU TETAMU… Umat Islam berpeluang beribadah di Tanah Suci berikutan selesainya persiapan untuk menerima jemaah umrah yang telah menerima suntikan vaksin pada bulan Ramadan ini.

Menurut jurucakap bagi Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Hani Hosni Haider, persiapan tersebut turut merangkumi protokal kesihatan awam dan langkah pencegahan yang akan dikuat kuasakan di dua buah masjid suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menurut laporan media tempatan, pembangunan aplikasi Tawakkalna, akan memudahkan proses saringan bagi mereka yang telah menerima imunisasi dua dos vaksin COVID-19.

Kesemua kakitangannya juga akan menerima suntikan vaksin sebelum melakukan ibadah Umrah demi keselamatan semua pihak. Malah, proses sanitasi juga akan dilakukan secara berkala membabitkan kira-kira 5,000 pekerja dengan kekerapan sebanyak 10 kali sehari. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here