Rina Mohd Harun
Oleh Arrazzaq Nazri

SEPANG-Jenazah bapa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun, Mohd.Harun Mohamad Khairi, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi di sini pukul 11.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi dari Hospital Sungai Buloh (HSB) kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Turut hadir pada majlis pengebumian itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Unit Komunikasi Korporat KPWKM, Eikmar Rizal Mohd. Ripin.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Menteri KPWKM dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi yang mulia di samping Allah SWT,” katanya.

Allahyarham Mohd. Haron Mohamad Khairi,71, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.40 pagi di Hospital Sungai Buloh. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here