GAMBAR: (Kiri) Putera Hamzah Hussein (Kanan) Raja Abdullah / Wikimedia Commons.

Oleh Zainal AS Rashid

BEKAS Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Hussein semalam berkata beliau meletakkan dirinya di bawah kuasa Raja Abdullah II dan menyokong pemerintahan Raja Jordan itu.

Tindakan itu jelas berbeza daripada pendiriannya sebelum ini, lapor akhbar LA Times.

Jordan menarik perhatian dunia sejak kerajaan negara itu mendedahkan usaha untuk ‘mengganggu’ kestabilan negara tersebut melalui pembabitan beberapa pihak luar bersama Putera Hamzah yang merupakan adik tiri kepada Raja Abdullah.

Berikutan itu pihak istana telah mengarahkan supaya beliau ditangkap dan diletakkan bawah tahanan rumah.

Turut ditangkap, termasuk sekurang-kurangnya 16 orang yang didakwa mempunyai kaitan dengan beliau serta seorang lagi anggota keluarga diraja dan pegawai istana.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana semalam dan ditandatangani oleh Putera Hamzah berkata beliau akan patuh kepada perlembagaan negara itu dan berikrar untuk menyokong abang tirinya.

Kenyataan yang turut menyebut ayat “di kediaman bapa saudara saya, Putera Hassan” itu diakhiri dengan petikan Al Quran ayat 59 Surah An-Nisa, “mereka yang berkuasa dari kalangan kamu”.

Beberapa jam sebelum itu Raja Abdullah telah mengarahkan Putera Hassan supaya menyelesaikan isu membabitkan Putera Hamzah.

Sebelum ditangkap Putera Hamzah telah mengecam abang tirinya melalui beberapa klip video dalam mana beliau menuduh bahawa kerajaan Jordan kaku dan lemah disebabkan rasuah, sikap pilih kasih dan penyalahgunaan kuasa.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here