GAMBAR: BBC.

Oleh Fetty Rara

INDIA mula merancakkan lagi kempen vaksinasi Covid-19 setelah menyaksikan gelombang kedua jumlah jangkitan yang amat serius.

Setakat Ahad lalu jumlah kes harian telah mencecah sebanyak 100,000 buat kali pertama sejak pandemik tercetus, lapor bbc.com.

Setiap penduduk berusia 45 tahun ke atas dibenarkan mendapat suntikan, sementara beberapa negeri turut menyasarkan vaksinasi ke atas kumpulan-kumpulan tertentu, termasuk pekerja bank dan peguam.

Negeri Uttar Pradesh di bahagian utara India dan wilayah Uttarakhand antara yang mengumumkan program vaksinasi khas untuk wartawan, pekerja bank dan peguam.

Setakat ini hampir 80 juta dos vaksin telah diberikan, kebanyakannya membabitkan pekerja barisan hadapan dan individu yang berumur 60 tahun ke atas.

Kempen vaksinasi terbesar di dunia itu menyasarkan lebih 250 juta penduduk menjelang Julai depan, tetapi kumpulan pakar perubatan berkata proses tersebut perlu dipercepatkan lagi bagi mencapai matlamat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here