KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,300 kes Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi dengan Sabah mencatatkan tiga angka untuk pertama kali dalam tempoh 16 hari.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 14,161.

Seramai 189 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 88 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes baharu di Malaysia Timur merangkumi sebanyak 38.6 peratus, melebihi angka di Lembah Klang iaitu sebanyak 25.5 peratus.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun, daripada 112 kes baharu di Sabah, lebih separuh (69 kes) dilaporkan di Tawau.

Sarawak melaporkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 385 kes diikuti Selangor (242) dan Kelantan (126).

Kebanyakan kes baharu di Sarawak dikesan daripada kluster sedia ada dan kontak rapat.

Sebanyak lima lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah angka korban akibat wabak berkenaan kini seramai 1,300 orang.

Mangsa dilaporkan berasal dari Selangor (1), Sabah (3) dan Kelantan (1).

https://bit.ly/3rTmq7c
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here