Oleh Zainal AS Rashid

MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia tidak dijemput menghadiri sidang kemuncak iklim di Amerika Syarikat dari 22 – 23 April kerana tidak dikategorikan sebagai terdedah kepada perubahan iklim.

Dalam satu kenyataan beliau berkata matlamat utama sidang kemuncak itu ialah bagi menggalakkan negara-negara ekonomi besar yang menyumbang 80 peratus daripada gas rumah hijau supaya menghadkan berlaku fenomena pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius.

Menurut beliau banyak negara yang lebih diutamakan dalam agenda perubahan iklim, termasuk Sweden, Switzerland dan Thailand yang juga tidak diundang menghadiri persidangan itu.

President Biden Invites 40 World Leader..

Beliau berkata sidang kemuncak itu merupakan acara sekali sahaja dan tidak memberi kesan kepada rundingan dan resolusi di bawah Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim.

Oleh yang demikian Tuan Ibrahim berkata apa yang berlaku itu perlu dilihat secara berasingan daripada isu import sampah plastik dari AS ke Malaysia baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Malaysia tidak tersenarai antara 40 negara yang diundang menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Pengecualian Malaysia telah mencetuskan dakwaan kononnya negara ini dilihat sebagai tempat pembuangan sampah plastik.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa industri kitar semula plastik buat masa ini dibenarkan beroperasi di negara ini berdasarkan keputusan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang bertanggungjawab ke atas hala tuju dan dasar industri berkenaan.

Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengawal selia pengeluaran permit import (AP) hanya untuk plastik bersih dan seragam, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak sebagai pihak penguat kuasa pematuhan Konvensyen Basel.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa pada 2019, sebanyak 124 kontena dihantar balik ke negara asal manakala143 kontena bagi tempoh 2020 hingga Mac 2021. Pada masa ini hanya tinggal 81 kontena sedang diuruskan oleh JAS untuk dihantar balik.

Untuk rekod, pada September 2018 Tabung Kewangan Antarabangsa dalam blog rasminya (baca sini) telah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut bahawa rantau Asia tenggara menghadapi dua cabaran berhubung fenomena perubahan iklim.

Kawasan ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan iklim berpunca daripada gas rumah hijau yang dihasilkan selama beberapa dekad oleh negara-negara maju, dan terbaharu ekonomi besar seperti China dan India.

Pakar perubahan iklim ADB Srinivasan Ancha berkata pada kadar sekarang Asia Tenggara bersama India dan China boleh mengakibatkan semua kemajuan yang telah dicapai dalam usaha meminimumkan kemudaratan tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here