Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan tentang adanya perbualan antara beliau dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rakaman audio yang tular di media sosial.

Zahid yang menyatakan rasa kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan, menegaskan bahawa tiada sebarang perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang itu selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lepas.

“Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini,” katanya dalam kenyataan hari ini (Rabu).

Tambah beliau, rakaman audio mengandungi suara mirip Zahid dan Anwar itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik serta bukti usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

Rakaman video tersebut dipercayai bermula dengan ucapan Zahid ketika bercakap pada PAU yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam video berdurasi pendek itu juga kedengaran suara dipercayai mirip dengan Anwar memuji ucapan Zahid dalam PAU menerusi panggilan telefon dan juga suara mirip Zahid dan menyifatkan pujian yang diterima itu adalah hasil daripada ‘tunjuk ajar’ gurunya (Anwar). – BebasNews

KENYATAAN MEDIA 7 APRIL 2021
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here