JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang Ketua Cawangan Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana disyaki membuat tuntutan palsu, demikian menurut sumber hari ini.

Hasil siasatan mendapati suspek bersubahat dan memperakukan pesanan kerajaan seterusnya mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas serta perkhidmatan mencetak gegantung kepada Markas KD Sultan Ismail, Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi.

Tuntutan palsu itu berjumlah RM24,250 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dibuat.

Datuk Azmi Alias

Suspek yang berusia 36 tahun bertugas sebagai Ketua Cawangan Logistik ZA20 di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Sungai Lunchoo.

Beliau ditahan di Pejabat SPRM Johor, di sini pukul 10 pagi tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here