GAMBAR: Weibo.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

STESEN TV China telah mula mengaburkan logo jenama barat dalam semua program yang disiarkan sebagai menyokong produk kapas yang dihasilkan di wilayah Xinjiang negara itu.

Tindakan tersebut mengakibatkan kelewatan siaran beberapa rancangan kerana penyunting pasca-produksi terpaksa memadamkan semua logo pada baju-T hingga kepada kasut, lapor bbc.com.

Ia merupakan sebahagian daripada tindak balas China setelah beberapa jenama besar barat menyuarakan kebimbangan berhubung dakwaan penggunaan buruk paksa dari kalangan kaum minoriti Islam Uighur dalam industri pengeluaran kapas negara itu.

Beijing telah menafikan dakwaan itu, tetapi terus mengarahkan boikot ke atas semua jenama barat berkenaan.

GAMBAR: Tencent.

Berikutan itu tindakan boikot yang dipromosikan secara besar-besaran sama ada dalam talian mahu pun melalui TV menyaksikan golongan selebriti China memutuskan kaitan dengan semua jenama barat dan sebaliknya menyatakan sokongan kepada hasil kapas dari Xinjiang.

Kini episod semua program hiburan popular di TV China menyaksikan seolah-olah artis dan penyanyi bergerak di atas kepulan awan setelah bahagian kasut yang mereka pakai dikaburkan.

Bagi program TV realiti popular ‘Chuang 2021’ tindakan itu dianggap agak keterlaluan kerana peserta lengkap berpakaian jenama barat, hingga proses pengaburan menyembunyikan seluruh tubuh, kecuali bahagian kepala.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here