KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,139 kes jangkitan Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, Sarawak mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 332 kes atau bersamaan 29 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ini menjadikan jumlah kes aktif di seluruh negara kini adalah sebanyak 14,097.

KKM juga memaklumkan empat lagi kematian terbaharu, menjadikan angka korban akibat wabak itu setakat ini adalah sebanyak 1,304.

Seramai 194 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, seramai 1,199 pesakit telah pulih sepenuhnya, dengan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh kini adalah sebanyak 339,067.

KKM juga memaklumkan terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kluster import.

https://bit.ly/2Q7obAb

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here