Dari kiri, Adibah, Aina, Bella dan Julia Suhaila Lah, Ketua Pegawai Eksekutif TruLooks pada majlis pelantikan Aina sebagai wajah kempen produk Truskin, baru-baru ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SELALUNYA syarikat kosmetik akan menampilkan model atau selebriti yang berwajah flawless (sempurna) sebagai duta untuk melariskan produk mereka. Namun Trulooks Global Group Sdn. Bhd. (Trulooks) pula mengambil pendekatan berbeza dan berani.

Pengarah Trulooks, Dr. Adibah Abd. Bari berkata, sebagai pengeluar tempatan, produk yang dihasilkan perlu ada keunikan tersendiri dan kepercayaan pengguna.

Katanya, TruLooks tidak menampilkan duta berwajah mulus kerana mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa penggunaan produk mereka mampu memberi keputusan positif.

TruLooks baru saja melancarkan produk TruSkin, Trio Skin Hydration yang mempunyai fungsi dua dalam satu sebagai toner dan essence yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit.

Hubungan Aina dan Adibah seperti adik-beradik.

Malah jelas Adibah, beliau ada sebab tersendiri kenapa memilih penyanyi Aina Abdul sebagai wajah kempen mereka berbanding selebriti lain.

“Kalau ktia guna model flawless kat mana nak tunjukkan perubahan apabila orang itu mengguna produk berkenaan. Kita nak yakinkan pengguna bahawa produk jenama TruSkin (Trio Skin Hydration) memang berkesan.

“Lagipun sasaran kita bukanlah kepada mereka yang memiliki wajah ‘sempurna’ tapi lebih kepada orang sederhana yang mahu kelihatan cantik. Kita mahu membantu mereka yang memiliki masalah kulit supaya lebih yakin diri,” kata Adibah tentang matlamat pengeluaran produk tersebut.

Tambahnya, objektif jualan produk tersebut adalah untuk menunjukkan keputusan selepas mengguna. Produk ini memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal tujuh hari.

“Kita nak tunjuk keputusannya dan sebab itulah kita pilih Aina dan bukan artis lain yang flawless sebab produk lokal kena ada keunikan tersendiri. Kalau kita pakai model yang flawless kat mana nak tunjuk istimewanya produk itu. Bila kita buat lain daripada yang lain dan hasilnya positif pasti orang yakin dengan produk kita,” jelasnya.

Adibah, Aina dan Julia Suhaila bercerita tentang kebaikan produk TruSkin.

Menurut Adibah, beliau merupakan peminat Aina sejak penyanyi itu menyertai program Mentor lagi. Malah beliau amat kecewa apabila Aina tidak dinobat sebagai juara kerana bagi Adibah, penyanyi itu berbakat besar.

“Waktu Aina underrated, saya mencari Aina. Sampailah satu malam tu saya pergi dinner dekat Publika dan nampak Aina buat persembahan. Masa tu saya rasa sampai masa untuk korporat bawa dia ke depan. Bagi orang tahu kehebatannya.

“Masa tu saya decide untuk launch TruLooks di Hard Rock pada 2019, saya approach Aina untuk buat persembahan. Dari situlah hubungan kami semakin erat. Kolaborasi ini berlaku kerana Aina adalah pengguna setia TruSkin sejak kita keluarkan Truskin Hydra Brightening Moisturizer yang dipromosikan oleh Mua Bella.

“Dulu Aina macam tak ada self-confidence (keyakinan diri) sebab kulitnya. Bila dah cuba produk TruSkin iaitu moisturizer dan cleanser, dia beritahu saya ada perubahan. Sudah dua tahun, dia menggunakan produk TruSkin dan bila kulit dia nampak perubahan kita ambil keputusan untuk lancar produk baharu dan berkolaborasi dengan Aina,” ceritanya tentang pemilihan Aina sebagai duta untuk kempen terkini.

Selain menjadi duta untuk kempen TruSkin Trio Hydration Skin, Aina juga menyanyi untuk lagu tema produk tersebut.

Menurut Adibah, Aina boleh dikatakan sebagai testimoni untuk wanita di luar sana yang ada masalah kulit seperti penyanyi itu.

Sementara itu, Aina, 28, mengakui yang beliau ada masalah kulit (jerawat) sejak sekolah menengah lagi. Sebab itulah jurusolek menghadapi sedikit masalah bila menyoleknya.

Namun sejak dua tahun menggunakan produk TruSkin, beliau nampak perubahan yang berlaku kepada kulit wajahnya.

“Aina ada skin problem sikit, kalau mekap memang susah nak cover. Lepas tu Aina cuba set TryMe keluaran TruSkin, alhamdulillah nak cuci mekap mudah. Memang mengambil masa tapi benda yang lama dan panjang macam ni kita tidak boleh expect untuk improve dalam masa sekejap.

“Kalau kejap pulih, nanti kejap juga kita akan ada masalah lain pula.  Aina juga ada minta nasihat doktor peribadi dan dia tak larang Aina guna produk ini. So far okey dan Aina happy dengan keputusannya, sebab memang nampak perubahan itu,” katanya terus terang.

Biarpun ada yang memberi komen negatif, namun Aina tidak kisah kerana sekarang ini beliau lebih berkeyakinan dengan penampilannya.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here