Oleh Zainal AS Rashid

PERKEMBANGAN terbaharu menunjukkan bahawa program vaksinasi di United Kingdom semakin berjaya memutuskan rantaian antara jumlah kes Covid-19 dan kematian.

Menurut saintis, satu kajian menunjukkan bahawa kadar jangkitan telah menurun sebanyak dua pertiga sejak Februari lalu dan kini semakin mendatar, lapor bbc.com.

Mereka berpendapat walaupun orang ramai semakin keluar bersosial, namun jumlah kematian tidak pula menyusul dengan banyaknya.

Keadaannya berbeza jika dilihat pada Januari lalu semasa program vaksinasi dilancarkan.

Kajian yang ditaja oleh kerajaan dan dijalankan oleh pihak Imperial College, London itu berdasarkan kepada sampel yang diambil daripada 140,000 orang.

Daripada jumlah itu ujian yang dilakukan ke atas mereka dari 11 hingga 30 Mac menunjukkan 227 kes positif, iaitu kadar 2 peratus atau seorang dalam setiap 500.

Bagaimana pun, bagi individu berusia 65 tahun ke atas, kadar jangkitan didapati separuh, iaitu seorang positif dalam setiap 1,000.

Apa yang berlaku menunjukkan penurunan menggalakkan sejak Januari.

Kini saintis lebih berasa yakin bahawa program vaksinasi semakin memberi kesan positif.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here