Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BERATUS ribu lagi warganegara Hong Kong akan berpindah ke United Kingdom di bawah skim baharu visa yang membantu mereka mendapat bantuan perumahan, sekolah dan pekerjaan.

Menurut setiausaha masyarakat British Robert Jenrick kira-kira 27,000 permohonan dikemukakan bagi mendapatkan visa setelah Beijing menguatkuasakan undang-undang keselamatan baharu di bekas wilayah British itu.

Beliau memberitahu BBC bahawa kesemua visa itu memberikan hak kepada warganegara Hong Kong untuk tinggal di UK selama lima tahun.

Jenrick berkata kerajaan British berbuat demikian bagi menghulurkan apa jua bantuan yang perlu berikutan pengorbanan mereka di Hong Kong.

Penduduk Hong Kong telah mula berpindah ke UK sejak 31 Januari lalu di bawah peraturan tersebut.

UK memperkenalkan British National Visa (BNO) sebagai reaksi kepada pelaksanaan undang-undang keselamatan baharu Komunis China ke atas Hong Kong yang lebih memudahkan pihak berkuasa menghukum penunjuk perasaan dan mengurangkan kuasa autonomi wilayah tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here